Untuk ibadah yang lebih tenang & selesa, tempat tinggal pun kena betul.
Jom tengok kelebihan Hotel Anjum — mungkin ini rezeki anda.
Scroll Untuk Baca Lebih Lanjut
Tak perlu tergesa-gesa ke masjid. Dari Hotel Anjum, hanya 70 meter untuk sampai ke dataran Masjidil Haram.
Boleh masuk ke dalam masjid ikut pintu 120-124, 69-74. Pintu 74 ni boleh terus ke kawasan solat berhampiran Kaabah.
Bila menginap di Hotel Anjum ni, tak perlu bergegas balik. Boleh santai baca Quran dan berzikir, kemudian baru balik ke hotel untuk makan.
Tak perlu risau makanan habis, tempoh dewan makan buka panjang.
Di Hotel Anjum ada 26 buah lif. Balik dari masjid, jika nak terus naik ke bilik, sekejap sahaja dah dapat lif.
Selesa. Di Hotel Anjum, anda tak naik turun bas tepi jalan sebaliknya naik turun bas di perkarangan Hotel Anjum, yang cukup memudahkan para jemaah. Boleh duduk duduk.
Di Hotel Anjum ni, sampai di dewan makan, anda boleh terus ambil nasi atau air, tak perlu nak chop tempat duduk. Sebabnya tempat kosong sentiasa ada, dewan makan besar!
Jika anda nak terus ke dewan makan, hanya turun ke Lower Ground dari lobi. Samada turun melalui tangga atau naik lif, cukup mudah nak ke dewan makan.